

3 Ogos 2008 (Ahad) - Harini destinasi seterusnya "tengiling sakti AFE" ialah ke KLIA ( antara aiport yang terbaik didunia)...Emm, setelah semalam (sabtu) seharian berjalan dan bershopping di sekitar Bukit Bintang dan Pavillion, arini adalah hari untuk menenangkan fikiran sambil melihat kapal-kapal terbang mendarat dan berlepas..huh, mesti best kan pekerja-pekerja di awan biru, leh travel selalu. emm..yang lagi best, pilot-pilot yang mengemudi kapal terbang..huh, itu la cita-cita aku sejak dari kecik hinggalah sekarang..tapi itu semua hanya tinggal kenangan..huhu..



So arini, tepat jam 5 ptg, aku terus ke KLIA melalui jalan belakang, ikut Bangi dan Dengkil..huh..jalan dia dah macam highway dahhh...xmacam dulu..jalan kampung je..laa ni dah 2 lanes pergi dan pulang...kira puas hati la ikut jalan tu..So kira-kira pukul 6ptg aku sampai kat area Kompleks Bunga Raya, KLIA, cadangnya nak behenti kerete tepi tu nak tengok secara dekat kapal terbang landing, tapi ntah sebab ape arini tak banyak plane la plak..so kecewa la sikit..tapi tak mengapa, tak dapat tengok kat situ, kita tngok kat menara tinjau..so aku pun apa lagi..park la kete kat car park KLIA..so selama beberapa jam aku melangut kat situ je laa..duk tengok kapal terbang mundar mandir and kapal terbang landing and take off..Tapi ape-ape pun kira puas hati gak aa..dapat tenangkan fikiran dengan melihat kapal-kapal terbang kegemaran...hehe..



Sekian,
Laporan untuk petang Ahad yang simple.
2 comments:
aku pun penah bercita2 nak jadi pilot..
tp sjak pakai spek, aku bercita2 nak jadi designer kapal terbang plak..
keje dengan boeing ke.. airbus ke layan jugak.. hehe
hehe..sama la eii..cite2 kita..tak pela..rezeki kite kat tempat lain kot
Post a Comment