Journey Towards Purification Of Heart And Soul (siri 1)

26 Januari 2010 merupakan hari yang paling bersejarah dan paling bermakna dalam hidup aku..hari yang dinanti setelah sekian lama..alhamdulillah syukur tidak terhingga finally aku dijemput untuk menjadi tetamu Nya. Perjalanan bermula tepat jam 4.00 petang (waktu Malaysia) dan kami tiba di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah setelah 8 jam perjalanan...Betapa mudahnya zaman moden ni, tak sampai sehari, kita dah bleh sampai ke tempat yang jauhnya 10,000km..kalau dulu-dulu punye time, ada yang naik kapal, ikut jalan darat merentasi benua..baru la sampai ke Tanah Haram (Makkah Al Mukarammah)...bertapa seksa dan mencabarnya perjalanan manusia pada ketika itu. Alhamdulillah pada zaman yang serba moden ini kita dilengkapi kemudahan yang banyak menyenangkan kita...

Waiting For Boarding


Our Flight To Jeddah

Allhamdulillah selepas 4 jam perjalanan dari Jeddah, kami selamat sampai di Madinah Al Munawwarah...terasa sayu dan pilu bercampur gembira bila dapat sampai disini...Rasa syukur tidak terhingga kerana dapat menjejakkan kaki di Masjid Nabawi dimana bersemadinya jasad insan yang tercinta, Rasullullah S.A.W...finally tercapai jugak cita-cita aku untuk melaksanakan ibadah di masjid suci ini dan melawat Makam Rasullullah S.A.W...Semasa kat sini kami di ketuai oleh Ustaz Kamaruddin..yang telah menetap disini sekian lama kerana beliau menuntut di salah sebuah Universiti di sini...Beliau sebenarnya berasal daripada Jakarta, Indonesia dan telah berhijrah dan menetap di Madinah. Menurut ustaz, Madinah merupakan negeri atau tempat dimana Rasullullah telah mendoakan tempat ini sentiasa dilimpahi rahmat dan jika seseorang yang hadir ke sini, dan mempunyai niat baik, ganjaran yang akan di beri oleh Allah kepada seseorang itu adalah berlipat kali ganda..semua hidupan di bumi Madinah ini sentiasa dilimpahi rahmat..buktinya buah kurma yang terbaik didunia datangnya dari bumi Madinah..dan seseorang yang memakan buah tersebut juga mendapat limpahan rahmat yang telah dipohon oleh Rasulullah S.A.W. ...bertapa bahagianya kalau dapat menetap disini..mudah-mudahan satu hari nanti aku dapat menetap dibumi Madinah ini..amin...(Bersambung...)

Night Scene

Di Hadapan Pintu Masuk Masjid Nabawi





0 comments:

Cronicle of My Life

My photo
Currently in Putrajaya, Malaysia
A person who like to travel and observe the behavior of the people

Followers