Welcome Note


21 Mei 2008...7.30 pagi Coretan perjalanan hidup bermula lagi. Seperti biasa setibanya di pejabat pasti ada tugasan baru perlu dilaksanakan, tugas yang perlu dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan ianya selesai tepat pada masanya... Segala tugasan yang diarahkan telah menjadi kebiasaan bagi semua pegawai disini dan pasti tiada masalah dalam menyesaikannya. Routine harian sebegini sebenarnya telah menjadi kebiasaan bagi kami sebagai pegawai PTD di sini khususnya. Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan. Bagi pegawai-pegawai disini, sifat tolong menolong serta budaya kerja secara berpasukan telah menjadi kebiasaan dan telah menjadi tradisi bagi kami yang berkhidmat di salah satu Unit yang terkenal ini. Unit ini sebenarnya di anggap berprestij kerana ianya teletak dibawah tunjang kepimpinan negara. Besyukur kerana dapat bertugas di unit seperti ini.




0 comments:

Cronicle of My Life

My photo
Currently in Putrajaya, Malaysia
A person who like to travel and observe the behavior of the people

Followers