Pengisian Hujung Minggu

24 Mei...Hari baru bermula sekali lagi...arus kehidupan menyusur lagi... Hari ini hari Sabtu, cuti umum bagi kakitangan kerajaan khususnya. Seperti biasa, di hujung minggu sebegini bermacam-macam aktiviti akan dirangkakan dan dilaksanakan. Waktu-waktu sebeginilah yang amat bermakna bagi seseorang yang telah keluarga. Bagi individu yang masih lagi bachelor, hujung minggu sebegini biasanya akan diisi dengan pelbagai aktiviti untuk memenuhi hujung minggu.



Bagi saya hujung minggu macam ni lah membolehkan saya bertemu dengan rakan-rakan lama atau balik ke kampung untuk melawat emak dan ayah serta adik-beradik. Tapi minggu ini beberapa aktiviti telah dirangka dan diatur oleh rakan-rakan lama semasa menunutut di UIA. Salah satu daripadana, kali ini kami mengadakan perlawanan persahabatan futsall. Time-time camni la baru kami semua dapat berkumpul dan bertanya khabar. Tapi ade jugak sahabat-sahabat lama,yang time-time macamni la macam-macam alasan diberi untuk tidak menyertai perjumpaan sebegini disebabkan ada temujanji dengan teman wanita...ntah la...tepuk dada tanya selera. Apa-apa pun geng...kita jumpa di gelanggang nanti.




0 comments:

Cronicle of My Life

My photo
Currently in Putrajaya, Malaysia
A person who like to travel and observe the behavior of the people

Followers