
17 Jun 2008...Hari ini bermulalah satu lagi cabaran kepada bakal-bakal pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) . Cabaran yang dimasudkan ialah sesi temuduga bagi pemilihan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Yang pasti semua calon yang layak ditemuduga mesti berdebar-debar menunggu gilirian di luar bilik temuduga untuk ditemuduga..hehehe...cuaak ooo...

Soalan ape laa agak nye budak - budak ni kene soal tadi...hehehe. Em, mungkin soalan yang diajukan tu mudah dan boleh jadi soalan yang diajukan tu susah gile...Em, tapi dalam perkara sebegini ape yang paling penting keyakinan dan ilmu pengetahuan yang kita ada. Kalau ada dua-dua kunci ni, insyaAllah pasti boleh menghadapi segala soalan yang diajukan...tips ni..ingat jangan tak ingat...Perkara lain yang turut dinilai ialah ketrampilan dan gaya calon itu sendiri. Bagi seorang pegawai PTD yang membawa imej Jabatan/Kementerian dan Kerajaan, penampilan amat penting selain keyakinan dan ilmu pengetahuan yang dimiliki. Penampilan seseorang pegawai PTD itu memberikan satu impak yang sangat besar kerana kadang dengan penampilan sahaja dapat menyakinkan sesuatu pihak...tengok!! ..betapa pentingnya penampilan kan..hehe. Selain penampilan, nilai estetika yang turut penting ialah keupayaan menghadapi tekanan dalam apa keadaan sekali pun...hehe...susah tak...?susah tak...? ..hehe. Ciri ini penting kerana seorang pegawai PTD itu akan bertindak sebagai policy maker, yang kadang-kadang mendapat tekanan daripada pelbagai pihak dalam melaksanakan tugasan. Emm..negotiation skill pun penting gak...maklumla, mana la tau kene berurusan dengan pihak luar yang memerlukan skill ni...terutamanya yang banyak deal dengan public dan Duta Malaysia yang ditempatkan di luar negara...so sape yang pandai nego tu..kire ok laa kot..hehe..
Akhir kata daripada aku untuk korang yang telah terpilih sebagai calon layak ditemuduga untuk jawatan PTD ni, berusahalah bersungguh-sungguh..sebab kadang-kadang peluang datang sekali je..pastu dia tak datang dah..dia lari dah pastu...so kalau ade rezeki korang ade la tu...don't worry be happy. Kepada kawan aku, zahreen yang turut terpilih untuk ditemuduga..goodluck wei...semoga ko dapat join aku kat ICU JPM nanti..hehe.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya Yang Menurut Perintah
0 comments:
Post a Comment