

29 Mei... Hari ini adalah hari batik seMalaysia sebab semua penjawat awam akan memakai batik bagi menyahut pekeliling bil. 1 2008. Apabila sesuatu pekeliling sebegini dikeluarkan ia merupakan satu arahan dan perlu di patuhi oelh semua penjawat awam tidak kira kedudukan dan pangkat...So kalau kita tengok PM kat tv, dia pun pakai baju batik jugak. Jadi hari ini kita semua berbatik sakan dengan berbagai corak masing-masing tampilkan.
Hari ini kalau ikutkan tugasan aku tak seberapa banyak berbanding hari-hari lain kerana tugasan yang dijadualkan untuk disiapkan hari ini aku telah selesaikan awal-awal lagi...maklumla..kita kerja di unit sebegini sentiasa bersiap sedia dengan tugasan yang akan datang...so bila ada peluang siapkan kerja-kerja yang ada, lebih baik siapkan awal-awal dan jangan tangguh-tangguh. Seperti yang dikatakan, tugasan disini tidak menentu, tidak sama seperti tugasan disesetengah pejabat yang hanya tertumpu kepada satu kerja tertentu. Pada hari ini tepat jam 930 pagi, telefon bimbit aku berdering dan yang membuat panggilan tersebut ialah rakan sekerja aku rupanya. Dimaklumkan semasa perbualan tersebut, aku terpaksa menggantikan dia untuk memberi taklimat kepada KKM berkenaan projek yang dilaksanakan oleh unit kami oleh kerana dia terpaksa menyiapkan laporan dengan segera yang diarahkan oleh pengarah pada pagi ini dan perlu disiapkan hari ini juga.Huh, jenoh nak prepare laporan dalam masa sehari...apa boleh buat unit kami ini memang tuagasan yang akan datang dalam kedaan yang tidak dijangka. Berkenaan dengan taklimat yang akan aku beri, actually tak aku sangka situasi ini akan berlaku kerana tiada apa-apa makluman sebelum ini berkenaan taklimat ini, hanya yang aku pernah dengar tentang perkara ini ialah pada akhir bulan lepas. Jadi aku pun buat tak tau je la, sebab dimaklumkan rakan sekerja aku ini akan melaksanakan tugas tersebut. Taklimat ini dijadualkan akan diadakan pada pagi ini juga pada pukul 10.00 pagi. Tanpa berlengah aku terus ke bahagian rakan setugas aku untuk mendapatkan salinan slide dan softcopy slide untuk dibentangkan pada taklimat nanti. Bagi aku perkara sebegini tiada masalah walaupun disaat akhir menerima tugasan ataupun arahan, kerana perkara ini biasa bagi unit kami...tapi kita kene sentiasa bersiap sedia tak kira masa dan keaadaan. Ibarat unit kami ini macam satu pasukan elite negara laa kiranya. Dan juga sebagai pegawai PTD perkara-perkara ini actually telah menjadi lumrah bagi kami. Apa yang penting sentiasa bersedia daripada segi mental dan fizikal. Kalau ikut kata-kata semangat yang pernah saya dengar semasa peringkat PAC dulu, "when the going gets tough, the tough gets going" betul la prinsip yang dikatakan ini, kerana sebagai pegawai yang membawa imej kerajaan pegawai tersebut perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi sukar.
1 comments:
sila link ke blog aku
Post a Comment